MyBSD adalah sebuah kumpulan kecil dan bebas yang mempunyai kepentingan sama dalam Teknologi Internet. MyBSD telah wujud lebih dari satu dekad dan sejak beberapa tahun yang lalu, kami telah membina beberapa projek .. iaitu Tomoyo File Manager, Gelojoh Reverse Proxy, Gelojoh WebServer dan MyTBS IPv6 TunnelBroker. Kami membina projek-projek ini hanya untuk suka-suka dan juga kepentingan diri sahaja.

Sumbangan terbesar adalah kerja yang dilakukan oleh pengasas MyBSD sendiri, iaitu Ariff Abdullah aka SkyWizard dimana beliau adalah salah seorang pengaturcara bahagian ‘Sound’ untuk sistem operasi FreeBSD. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ariff atas sumbangan berterusan pada FreeBSD sejak tahun 2005 untuk membuat kod bunyi subsistem 301 Moved Permanently

301 Moved Permanently


nginx/1.4.7
yang benar-benar luar biasa.


MyBSD adalah sama sekali tidak ada kaitan dengan mana-mana kumpulan BSD dan Komuniti lain di ruang siber. Kami lakukan apa yang kami mahu, apabila kami mahu dan bagaimana kami mahu. Dengan ini, slogan MyBSD ‘Brag Less, Bite More’ juga bermaksud kepada ‘Shut Up and Do It’.

Untuk informasi selanjutnya tentang MyBSD, sila klik Tentang Kami