MyBSD melalui pasukan mirror nya telah membuat ‘mirror’ beberapa aplikasi opensource bagi melajukan/memudahkan muat turun untuk pengguna-pengguna di Asia Tenggara dan Malaysia khasnya. Beberapa mirror ini telah diterima sebagai mirror rasmi untuk Asia/Malaysia. Harap anda semua mendapat manfaat sebaiknya dari mirror yang telah dibuat ini. http://mirrors.MyBSD.org.my. Jika ada sebarang masalah/pertanyaan/cadangan berkenaan mirror itu sila e-mail ke pasukan kami di: mirror(AT)MyBSD.org.my
Introducing MyBSD
MyBSD ialah sekumpulan penggemar teknologi komputer, IT, dan apa-apa sahaja perkara/subjek yang dirasakan menarik dan boleh dijadikan bahan untuk dikongsi bersama. Ini termasuklah soal hakikat kehidupan, sains, anti-gravity, anime, lagu, ayam, itik,rumahtangga dan sebagainya.
Untuk informasi selanjutnya tentang MyBSD, sila click
October 2003
Monthly Archive






Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan tutorial, IRC log, howto, atau apa apa berkaitan dengan *PERKONGSIAN ILMU* sila email ke: pika_pikachu7(AT)yahoo.com. Berikut ialah prototype Knowledge Base untuk maklumat lanjut, sila buka. Ia merupakan lelaman untuk anda hantar/paparkan bahan-bahan untuk tatapan kepada umum. Menarik bukan ?



MyBSD menyediakan perkhidmatan IPv6 Tunnel Broker untuk bagi anda yang berminat. Sambungan IPv6 ini adalah dari rangkaian MANIS yang mana merupakan satu-satunya ISP yang menyediakan aktiviti berkaitan IPv6 di Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk: http://tbroker.MyBSD.org.my



Sesiapa yang nak download Tomoyo Explorer, boleh download yang latest (last) kat sini. Tomoyo Explorer “preview” ni merupakan release preview yang terakhir, kerana Tomoyo Explorer akan ditulis semula. Terima kasih kerana mencuba. Macam biasa, pengguna BSD gunakan make + Makefile, dan pengguna Linux gunakan Pmake + Makefile.linux.



Pengguna FreeBSD? Ada partition MSDOS yang di-mount ? Perkara ganjil pernah berlaku? Sila rujuk MyBSD MSDOSFS ERRATA.
1. Penerangan
2. Sampel Program untuk detect/simulate bug (compile cd /mana/partition/msdos,run)
3. Patch



MyBSD IPv6 Research Team mengumumkan prototaip webserver dual-stack (IPv4/6) bernama Gelojoh. Webserver ini ditulis 100% menggunakan Ruby menggunakan MyBSD Dejiko Multiplexer framework. Code/Demo boleh didapati di sini. Bukan sahaja untuk BSD/Unix, malah untuk Win32/Windows!
Demo:-
1. Tomoyo - IPv4/IPv6
2. Kasumi - IPv6 Sahaja
3. Tsubaki - IPv4/IPv6 Win32
Requirement: Ruby 1.8.0, BUKAN ruby 1.6.x (obsolete!)

Ω Terms of Use and Privacy Ω
1999-2006 MyBSD™ Group. Designed by Faizal Abdullah, All Right Reserved.
N/A