MyBSD Opensource Mirrors

MyBSD melalui pasukan mirror nya telah membuat ‘mirror’ beberapa aplikasi opensource bagi melajukan/memudahkan muat turun untuk pengguna-pengguna di Asia Tenggara dan Malaysia khasnya. Beberapa mirror ini telah diterima sebagai mirror rasmi untuk Asia/Malaysia. Harap anda semua mendapat manfaat sebaiknya dari mirror yang telah dibuat ini. http://mirrors.MyBSD.org.my. Jika ada sebarang masalah/pertanyaan/cadangan berkenaan mirror itu sila e-mail ke pasukan kami di: mirror(AT)MyBSD.org.my

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan tutorial, IRC log, howto, atau apa apa berkaitan dengan *PERKONGSIAN ILMU* sila email ke: pika_pikachu7(AT)yahoo.com. Berikut ialah prototype Knowledge Base untuk maklumat lanjut, sila buka. Ia merupakan lelaman untuk anda hantar/paparkan bahan-bahan untuk tatapan kepada umum. Menarik bukan ?

MyBSD IPv6 Tunnel Broker

MyBSD menyediakan perkhidmatan IPv6 Tunnel Broker untuk bagi anda yang berminat. Sambungan IPv6 ini adalah dari rangkaian MANIS yang mana merupakan satu-satunya ISP yang menyediakan aktiviti berkaitan IPv6 di Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk: http://tbroker.MyBSD.org.my