Gelojoh (Web Server Ciptaan MyBSD) dalam versi terbaru kini telah dibuat semula supaya support SSL (secure socket layer ) & Vhost (virtual host). Benda ini masih dalam peringkat beta tetapi sepatutnya telah boleh berfungsi (walaupun tidak 99.9%) sempurna. Untuk SSL, server key boleh di buat secara ‘auto-generate’ atau anda mahu generate sendiri atau anda boleh memohon dari mana-mana CA yang bertauliah. SSL support ini cuma untuk Gelojoh yang running atas UNIX platform sahaja, belum lagi support untuk versi win32. Sila rujuk penerangan berkaitan support SSL/vhost di: http://gelojoh.mybsd.org.my/gelojoh-current/SSLREADME.TXT dan untuk versi terkini Gelojoh di http://gelojoh.mybsd.org.my/gelojoh-current/ Jika ada sebarang pertanyaan / laporan berkaitan ‘bugs’ sila beritahu kepada kami melalui apa sahaja medium.
Introducing MyBSD
MyBSD ialah sekumpulan penggemar teknologi komputer, IT, dan apa-apa sahaja perkara/subjek yang dirasakan menarik dan boleh dijadikan bahan untuk dikongsi bersama. Ini termasuklah soal hakikat kehidupan, sains, anti-gravity, anime, lagu, ayam, itik,rumahtangga dan sebagainya.
Untuk informasi selanjutnya tentang MyBSD, sila click
May 2005
Monthly Archive




Ω Terms of Use and Privacy Ω
1999-2006 MyBSD™ Group. Designed by Faizal Abdullah, All Right Reserved.
N/A