Introducing MyBSD

MyBSD ialah sekumpulan penggemar teknologi komputer, IT, dan apa-apa sahaja perkara/subjek yang dirasakan menarik dan boleh dijadikan bahan untuk dikongsi bersama. Ini termasuklah soal hakikat kehidupan, sains, anti-gravity, anime, lagu, ayam, itik,rumahtangga dan sebagainya.

Untuk informasi selanjutnya tentang MyBSD, sila click

Gelojoh






Gelojoh (Web Server Ciptaan MyBSD) dalam versi terbaru kini telah dibuat semula supaya support SSL (secure socket layer ) & Vhost (virtual host). Benda ini masih dalam peringkat beta tetapi sepatutnya telah boleh berfungsi (walaupun tidak 99.9%) sempurna. Untuk SSL, server key boleh di buat secara ‘auto-generate’ atau anda mahu generate sendiri atau anda boleh memohon dari mana-mana CA yang bertauliah. SSL support ini cuma untuk Gelojoh yang running atas UNIX platform sahaja, belum lagi support untuk versi win32. Sila rujuk penerangan berkaitan support SSL/vhost di: http://gelojoh.mybsd.org.my/gelojoh-current/SSLREADME.TXT dan untuk versi terkini Gelojoh di http://gelojoh.mybsd.org.my/gelojoh-current/ Jika ada sebarang pertanyaan / laporan berkaitan ‘bugs’ sila beritahu kepada kami melalui apa sahaja medium.

MyBSD IPv6 Research Team mengumumkan prototaip webserver dual-stack (IPv4/6) bernama Gelojoh. Webserver ini ditulis 100% menggunakan Ruby menggunakan MyBSD Dejiko Multiplexer framework. Code/Demo boleh didapati di sini. Bukan sahaja untuk BSD/Unix, malah untuk Win32/Windows!
Demo:-

1. Tomoyo - IPv4/IPv6
2. Kasumi - IPv6 Sahaja
3. Tsubaki - IPv4/IPv6 Win32

Requirement: Ruby 1.8.0, BUKAN ruby 1.6.x (obsolete!)