Introducing MyBSD

MyBSD ialah sekumpulan penggemar teknologi komputer, IT, dan apa-apa sahaja perkara/subjek yang dirasakan menarik dan boleh dijadikan bahan untuk dikongsi bersama. Ini termasuklah soal hakikat kehidupan, sains, anti-gravity, anime, lagu, ayam, itik,rumahtangga dan sebagainya.

Untuk informasi selanjutnya tentang MyBSD, sila click

MyBSD






Kami telah dengan berbesar hati mewujudkan box mirror CVSUP untuk FreeBSD dan OpenBSD kepada pengguna di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Niat untuk host mirror cvsup untuk Malaysia telah lama difikirkan sebenarnya memandangkan pengguna FreeBSD dan OpenBSD semakin bertambah sama ada individu atau sektor korporat. Dengan wujudnya mirror cvsup ini, diharap pengguna FreeBSD dan OpenBSD di rantau ini dapat mengemaskini ports collection dan source anda dengan lebih cepat, mengurangkan latency serta mengurangkan trafik internet keluar Malaysia. Terima kasih kepada semua mereka yang terlibat dalam projek ini. Mirror cvsup ini masih dalam fasa percubaan, sebarang maklumbalas dan komen sila email kepada kami: mirror[AT]REMOVETHIS.MyBSD.org.my
maklumat cvsup mirror server :
1. cvsup.free.MyBSD.org.my (untuk cvsup FreeBSD)

2. cvsup.open.MyBSD.org.my (untuk cvsup OpenBSD)

Sekadar pemberitahuan kepada semua pelawat laman web, laman web MyBSD kini berwajah baru dan kami juga telah mewujudkan forum untuk memudahkan interaksi/pertanyaan/sebarang komunikasi. Kami mengalu-alukan kepada semua agar anda mendaftar di forum kami dan ianya PERCUMA !! Sila ke menu forum untuk melihat & mendaftar.

Gelojoh (Web Server Ciptaan MyBSD) dalam versi terbaru kini telah dibuat semula supaya support SSL (secure socket layer ) & Vhost (virtual host). Benda ini masih dalam peringkat beta tetapi sepatutnya telah boleh berfungsi (walaupun tidak 99.9%) sempurna. Untuk SSL, server key boleh di buat secara ‘auto-generate’ atau anda mahu generate sendiri atau anda boleh memohon dari mana-mana CA yang bertauliah. SSL support ini cuma untuk Gelojoh yang running atas UNIX platform sahaja, belum lagi support untuk versi win32. Sila rujuk penerangan berkaitan support SSL/vhost di: http://gelojoh.mybsd.org.my/gelojoh-current/SSLREADME.TXT dan untuk versi terkini Gelojoh di http://gelojoh.mybsd.org.my/gelojoh-current/ Jika ada sebarang pertanyaan / laporan berkaitan ‘bugs’ sila beritahu kepada kami melalui apa sahaja medium.

Tunnel broker kami telah diperbaharui. Sila kunjungi laman Tunnel Broker MyBSD untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Laman http://tbroker.MyBSD.org.my telah dikemaskinikan.

MyBSD melalui pasukan mirror nya telah membuat ‘mirror’ beberapa aplikasi opensource bagi melajukan/memudahkan muat turun untuk pengguna-pengguna di Asia Tenggara dan Malaysia khasnya. Beberapa mirror ini telah diterima sebagai mirror rasmi untuk Asia/Malaysia. Harap anda semua mendapat manfaat sebaiknya dari mirror yang telah dibuat ini. http://mirrors.MyBSD.org.my. Jika ada sebarang masalah/pertanyaan/cadangan berkenaan mirror itu sila e-mail ke pasukan kami di: mirror(AT)MyBSD.org.my

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan tutorial, IRC log, howto, atau apa apa berkaitan dengan *PERKONGSIAN ILMU* sila email ke: pika_pikachu7(AT)yahoo.com. Berikut ialah prototype Knowledge Base untuk maklumat lanjut, sila buka. Ia merupakan lelaman untuk anda hantar/paparkan bahan-bahan untuk tatapan kepada umum. Menarik bukan ?

MyBSD menyediakan perkhidmatan IPv6 Tunnel Broker untuk bagi anda yang berminat. Sambungan IPv6 ini adalah dari rangkaian MANIS yang mana merupakan satu-satunya ISP yang menyediakan aktiviti berkaitan IPv6 di Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk: http://tbroker.MyBSD.org.my

Sesiapa yang nak download Tomoyo Explorer, boleh download yang latest (last) kat sini. Tomoyo Explorer “preview” ni merupakan release preview yang terakhir, kerana Tomoyo Explorer akan ditulis semula. Terima kasih kerana mencuba. Macam biasa, pengguna BSD gunakan make + Makefile, dan pengguna Linux gunakan Pmake + Makefile.linux.

MyBSD IPv6 Research Team mengumumkan prototaip webserver dual-stack (IPv4/6) bernama Gelojoh. Webserver ini ditulis 100% menggunakan Ruby menggunakan MyBSD Dejiko Multiplexer framework. Code/Demo boleh didapati di sini. Bukan sahaja untuk BSD/Unix, malah untuk Win32/Windows!
Demo:-

1. Tomoyo - IPv4/IPv6
2. Kasumi - IPv6 Sahaja
3. Tsubaki - IPv4/IPv6 Win32

Requirement: Ruby 1.8.0, BUKAN ruby 1.6.x (obsolete!)